Khamis, 22 November 2012

RUKUK


Setelah selesai membaca Al-Fatihah dan surah, maka kita akan rukuk. Perbuatan rukuk adalah rukun solat. Tetapi bacaan semasa rukuk adalah sunat.


A man bows down so that his back is straight and his head faced down

Tasbih semasa rukuk ini sunat dibaca sebanyak 3 kali
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

SURAH PILIHAN

Selepas membaca Surah Al-Fatihah, kita disunatkan membaca surah, sama ada surah panjang atau surah yang pendek.

1. SURAH AL-KAFIRUN
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ ( 1 ) لاَ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ( 2 
وَلاَ أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ( 3 
وَلاَ أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ ( 4 
وَلاَ أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ( 5 
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ( 6

2) Surah Al-Ikhlas
 
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ( 1 ) اللَّهُ الصَّمَد ( 2 ) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ( 3 )

SURAH AL-FATIHAH

Membaca surah Al-Fatihah adalah termasuk dalam rukun solat. Rukun solat adalah perkara yang wajib kita lakukan di dalam solat. Kalau kita tak buat, maka tak sah lah solat kita..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 )
مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 )
اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )

DOA IFTITAH

Doa Iftitah ialah doa yang dibaca sebagai pembuka solat iaitu sebaik saja selesai takbiratul-Ihram dan sebelum membaca al-Fatihah.


اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”
Hukum membaca doa Iftitah adalah sunat. Kita boleh memilih mana-mana satu doa Iftitah yang pernah dibaca atau diajar oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- di dalam hadisnya-. Doa Iftitah ini hendaklah dibaca perlahan (tidak dikuatkan suara). 

Rabu, 21 November 2012

SOLAT FARDU

LAFAZ NIAT SOLAT

1. Solat Subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
" Sahaja aku solat fardu subuh dua rokaat (makmum/imam) tunai kerana Allah Taala"


2. Solat Zohor
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
 " Sahaja aku solat fardu zohor empat rokaat (makmum/imam) tunai kerana Allah Taala"

3. Solat Asar


أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

" Sahaja aku solat fardu asar empat rokaat (makmum/imam) tunai kerana Allah Taala"

4. Solat Maghrib
 أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
" Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rokaat (makmum/imam) tunai kerana Allah Taala"

5. Solat Isyak
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
" Sahaja aku solat fardu Isyak empat rokaat (makmum/imam) tunai kerana Allah Taala"

 

 

Selasa, 20 November 2012

WUDUK

CARA BERWUDUK
(PAFA)

1. Membaca "Bismilla hirrahmaa nirro him"
2. Membasuh kedua-dua tangan hingga pergelangan
3. Berkumur-kumur
4. Lafaz Niat :



5. Membasuh muka 3kali . Basuhan pertama disertai dengan niat :
    "Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala"
6. Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3 kali. dan tangan kiri hingga ke siku 3 kali
7. Menyapu sebahagian kepala 3 kali
8. Menyapu kedua-dua telinga 3 kali
9. Membasuh kaki kanan 3 kali dan kaki kiri 3 kali.
10. Doa wuduk :

 

KEKUASAAN ALLAH

PERCAYA KEPADA ALLAH

-Cuba perhatikan alam sekeliling kita. Tidakkah alam ini indah seperti :
a. Bumi
b. Langit
c. Matahari dan Bulan
d. Air dan Udara
- Di alam nyata ini kita dapat melihat berbagai-bagai makhluk Allah yang berbeza-beza di tempat yang berlainan :
a. Di langit - bulan bersinar diwaktu malam, matahari memancar diwaktu siang
b. Di bumi - manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan
c. Di laut - ikan, sotong, udang, ketam
- Semua benda dan makhluk yang kita lihat tidak terjadi dengan sendirinya, semuanya pasti ada penciptanya.
- Kita wajib beriman dan percaya bahawa Allah s.w.t itu wujud dan Maha Berkuasa.

LATIHAN :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan hidup di _____________.
2. Kita boleh melihat bulan dan ________________ di langit.
3. Ikan ______________ dalam air sungai dan laut.
4. _______________s.w.t menjadikan semua makhluk.
5. Manusia ____________ percaya bahawa Allah itu wujud.