Isnin, 26 November 2012

Dari Hati ke hati

Semoga apa yang telah saya catatkan kat blog ni dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Sabda Nabi s.a.w maksudnya, " Apabila mati anak Adam, akan terputus segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan doa anaknya yang soleh" Riwayat Muslim.

Segala kekurangan adalah datang dari hambaNya yang lemah ini, dan segala kebaikan itu hanya datangnya dari Allah s.w.t. pencipta sekelian makhluk.

 

Salam Hormat dari saya

DOA QUNUT

Disunatkan membaca doa qunut selepas bangkit dari ruku` pada rakaat yang kedua semasa solat Subuh.

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

TAHIYAT AKHIR

Adapun bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

TAHIYAT AWAL


Disebut juga sebagai  tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد  .

Jumaat, 23 November 2012

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk yang lain lagi.
Ketika duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).
A man sits on his heels with his hands on his thighs, his head facing forwards and down
 Bacaan ketika duduk antara dua sujud
 رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

SUJUD


Selepas kita melakukan I`tidal serta selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal : ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.

A man prostrates on the floor, with his hands beside his head


Tasbih dalam sujud ini sunat dibaca 3 kali.
 سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ





Khamis, 22 November 2012

I'TIDAL

Perlakuan i'tidal juga termasuk di dalam rukun solat. Sesudah selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka.

 سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
 
 A man bows down so that his back is straight and his head faced downA man stands with his hands to his sides