PERCAYA KEPADA ALLAH
-Cuba perhatikan alam sekeliling kita. Tidakkah alam ini indah seperti :
a. Bumi
b. Langit
c. Matahari dan Bulan
d. Air dan Udara
- Di alam nyata ini kita dapat melihat berbagai-bagai makhluk Allah yang berbeza-beza di tempat yang berlainan :
a. Di langit - bulan bersinar diwaktu malam, matahari memancar diwaktu siang
b. Di bumi - manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan
c. Di laut - ikan, sotong, udang, ketam
- Semua benda dan makhluk yang kita lihat tidak terjadi dengan sendirinya, semuanya pasti ada penciptanya.
- Kita wajib beriman dan percaya bahawa Allah s.w.t itu wujud dan Maha Berkuasa.
LATIHAN :
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan hidup di _____________.
2. Kita boleh melihat bulan dan ________________ di langit.
3. Ikan ______________ dalam air sungai dan laut.
4. _______________s.w.t menjadikan semua makhluk.
5. Manusia ____________ percaya bahawa Allah itu wujud.